Wednesday, May 4, 2011

Bagaimana mengenalpasti telur tiruan



Apa telur tiruan ini sebenarnya?
Telur tiruan merupakan telur buatan manusia yang dibuat seakan-akan sama dengan telur ayam asli yang dihasilkan secara ternakan konvensional atau alternatif tradisional. Ia bukanlah telur haiwan lain seperti yang digembar gemburkan.
Bagaimana rupa telur tiruan?
Telur tiruan berbentuk besar dan bujur sama seperti telur ayam gred A (seperti dalam gambar di atas itu). Namun apabila dimasak, telur tiruan ini..
1. Tidak berasa telur.

2. Tidak berbau hanyir.
Apakah perbezaan ketara telur tiruan dengan telur asli?
1. Struktur kuning telur amat lembut sehinggakan sesudah telur tiruan dipecahkan ia terus bercampur dengan putih telur.

2. Jika digoncang akan lebih kuat berbunyi kerana kandungan air lebih banyak.

3. Kuning telur berwarna kuning pekat.

4. Keadaannya lebih berair.

5. Berbuih.

6. Lebih cair.

7. Bila digoreng lebih cepat mengembang dan mudah meletup dengan banyak kerana ia bukannya daripada protien.

8. Kulit lebih licin dan berkilat dan tidak kasar.

9. Bersaiz lebih besar.

10. Tidak mempunyai pusat telur.Sumber Asal: Bahaya Yang Tersembunyi Di Dalam Telur Tiruan!

No comments:

Post a Comment

Shout in Chatbox