Wednesday, May 4, 2011

Sumpah Eskay, Sumpah Orang Jahil?


Sumpah Eskay, Sumpah Orang Jahil? by shahrulsite.blog

Bertempat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang pada jam 4.15 petang 29 April 2011, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat pasal kesahihan video seks Anwar Ibrahim. Menambahkan kekeliruan rakyat dan menunjukkan kebenaran beliau.

Sejauh manakah kejujuran dan keaslian sumpah tersebut, atau adakah ia sah disisi Islam. Bagi orang kebanyakan yang kurang dalam ilmu agama, maksudnya tidak berapa tahu tentang hukum hakam mengangkat sumpah pasti akan percaya 100%. Bagi seseorang yang mempunyai ilmu dalam undang-undang Islam pasti akan tidak terpengaruh dengan sumpah macam tu.

Ni pada pendapat aku sendiri, tak bermaksud untuk menyokong mana-mana pihak. Sebab kita masih kabur tentang apa yang sebenarnya berlaku disebalik semua ni. Sebagai rakyat kita hanya mendengar dan melihat sekarang.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai berkata;

...dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh. Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata;

...sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Kalau benar Anwar Ibrahim bersalah dalam kedua-dua kes liwat dan zina, beliau patut dihukum sewajarnya. Namun jika semua tuduhan tu palsu, penuduh patut dikenakan hukuman yang lebih berat...Nauzubillah.

No comments:

Post a Comment

Shout in Chatbox