Thursday, May 5, 2011

Premium Insurans Kenderaan Lama Kembali Normal


Premium Insurans Kenderaan Lama Kembali Normal by berita semasa

Berita baik kepada pemilik kenderaan lama, premium insurans kenderaan yang berusia lebih dari 10 tahun akan dikenakan kadar premium pasaran normal dan tidak tertakluk kepada bebanan yang dikenakan terhadap kenderaan berisiko tinggi.Berikut di bawah adalah kenyataan mengenainya.
“Sehubungan itu, penanggung insurans harus memberitahu pelanggan mereka sama ada perlindungan insurans motor yang ditawarkan, disediakan oleh pihak penanggung insurans atau MMIP.
“Selain itu, kenderaan melebihi 10 tahun atau ‘kenderaan tersisih’ hanya dikehendaki menjalani pemeriksaan tahunan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) jika kenderaan terbabit dianggap berisiko tinggi,” kata kenyataan itu.
Pada tahun 2009, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan tidak bercadang membatalkan perlindungan insurans bagi kereta lama dan kenderaan berharga bawah RM10,000.
Perdana Menteri berkata, kesukaran orang ramai mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga adalah disebabkan syarikat insurans menanggung kerugian berikutan kos tuntutan tinggi bagi perlindungan pihak ketiga yang tidak setimpal dengan premium dikenakan.
BNM berkata, bagi memastikan hak pengguna dilindungi, pihaknya melarang penanggung insurans daripada memaksa pelanggan mereka supaya membeli produk bukan motor sebagai syarat untuk mereka menjual perlindungan insurans.
Katanya, langkah itu adalah untuk memastikan orang ramai terus mendapat perlindungan kenderaan yang diperlukan dalam tempoh peralihan kepada Rangka Kerja Perlindungan Kenderaan Baru.
Kami menyambut baik berita ini kerana memang terdapat ramai pemilik kenderaan lama yang berusia.Alasan mengatakan bahawa syarikat insurans ini rugi kerana kenderaan-kenderaan lama ini, atas akibat tuntutan kemalangan dan sebagainya, adalah sama sekali tidak berasas.
Walauapapun, pemilik kenderaan lama yang dirasakan “berisiko tinggi”, perlulah mengambil ujian berkomputer Puspakom, untuk membuktikan bahawa kenderaan mereka selamat berada di jalan raya.Kami rasa, itu lebih baik.Dengan pergi ke Puspakom, dah tentu kita dapat menilai kenderaan kita ini bagus atau tidak.

No comments:

Post a Comment

Shout in Chatbox